Tuesday, March 29, 2011

PRINSIP KOMUNIKASI ISLAM

1. Bercakap dengan lemah lembut.
- Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud " Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufuran. Hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut semoga ia beringat atau takut"
2. Menggunakan perkataan yang baik-baik.
- sebgaimana firman Allah " dan katakanlah kepada hamba-hambaKU ( yang beriman) supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat bai,... ".
3. Menggunaan hikmah dan nasihat yang baik.
- Fiman Allah : " Serulah ke jalan Tuhanmu ( wahai Muhammad) dengan kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik.
4. Menguasai bahasa dan isi percakapan dengan kecerdasan akal dan pandangan.
- Rasulallah bersabda " Berbicaralah kepada manusia menrut akal (kecerdasan) mereka masing-masing.
5. Berbahas dengan cara yang lebih baik. 
-Prinsip ini bersandarkan firman allah yang bermaksud :" .... dan berbahaslah dengan mereka ( yang engkau serukan itu) dengan cara yang baik ... "
6. Menyebut perkara penting berulang kali
-Prinsip ini bersandarkan kepada amalan Rasulallah s.a.w " Apabila baginda mengucapkan sesuatu kata-kata, baginda mengulanginya 3 kali sehingga kata-kata itu difahami".
7. Mengotakan apa yang dikatakan.
- Prinsip ini bersandarkan firman Allah s.w.t : "wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memeperkatakan apa yang kamu tidak melakukannnya".

etika komunikasi islam dan kewartawanan dalam islam.

Etika Komunikasi Islam.

Dalam Islam sejak awal-awal lagi telah memberikan garis panduan etika mengenai bagaimana cara seseorang menyampaikan keinginan, aspirasi, tuntutan dan lain-lain. Islam memberikan kebebasan kepada umatnya untuk menyampaikan pendapat. Walaupun begitu ia harus dilakukan dengan mengikut aturan hukum dan etika tertentu agar tercipta suatu kedamaian dan ketenteraman hidup bermasyarakat, berbangsa dan bernegara.

Menurut Jalaluddin Rachmat ada lima saranan dalam al-Quran berkait dengan etika komunikasi, iaitu :-

1. Qaulan Sadida 
2. Qaulan Ma'rufa
3. Qaulan Baligha
4. Qaulan Maisura
5. Qaulan Karima

Apabila kesemua saranan ini dijadikan acuan dalam berkomunikasi nescaya tidak akan terjadi salah maklumat dan penyelewengan yang mampu memporak perandakan masyarakat.

Kewartawanan Dalam Islam.

Terdapat beberapa perkara mengenai kewartawanan dalam Islam, antaranya ialah :-

1. Menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.
2. Mempertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah.
3. Menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan.
4. Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu cara dakwah untuk menangkis serangan media Barat serta melemahkan hujah dan posisi mereka disamping mengukuhkan sasaran dan perspektif Islam.
5. Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan.