Tuesday, March 29, 2011

etika komunikasi islam dan kewartawanan dalam islam.

Etika Komunikasi Islam.

Dalam Islam sejak awal-awal lagi telah memberikan garis panduan etika mengenai bagaimana cara seseorang menyampaikan keinginan, aspirasi, tuntutan dan lain-lain. Islam memberikan kebebasan kepada umatnya untuk menyampaikan pendapat. Walaupun begitu ia harus dilakukan dengan mengikut aturan hukum dan etika tertentu agar tercipta suatu kedamaian dan ketenteraman hidup bermasyarakat, berbangsa dan bernegara.

Menurut Jalaluddin Rachmat ada lima saranan dalam al-Quran berkait dengan etika komunikasi, iaitu :-

1. Qaulan Sadida 
2. Qaulan Ma'rufa
3. Qaulan Baligha
4. Qaulan Maisura
5. Qaulan Karima

Apabila kesemua saranan ini dijadikan acuan dalam berkomunikasi nescaya tidak akan terjadi salah maklumat dan penyelewengan yang mampu memporak perandakan masyarakat.

Kewartawanan Dalam Islam.

Terdapat beberapa perkara mengenai kewartawanan dalam Islam, antaranya ialah :-

1. Menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.
2. Mempertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah.
3. Menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan.
4. Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu cara dakwah untuk menangkis serangan media Barat serta melemahkan hujah dan posisi mereka disamping mengukuhkan sasaran dan perspektif Islam.
5. Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan.

1 comment:

  1. The Biggest & Most Iconic Slot In The World - Dr.
    In addition to an enormous 청주 출장마사지 selection of free spins, no deposit bonus 사천 출장마사지 codes 천안 출장샵 or bonus offers, Casino Type: Video SlotsCasino type: Video SlotsSpecial feature: 울산광역 출장안마 Free Spins for 논산 출장샵 depositing Slots

    ReplyDelete