Saturday, January 22, 2011

Pengertian dan matlamat komunikasi Islam.

Pengertian Komunikasi

Komunikasi dari segi bahasa berasal dari perkataan "Communicate" yang bermaksud penyertaan atau pemberitahuan. Oleh yang demikian, erkataan komunikasi menekankan kegiatan seseorang individu atau kelompok atau sifat ingin mempengaruhi orang lain. Komunikasi lebih menitikberatkan soal sosial dan komunikator merupakan individu atau kelompok yang berusaha mengadakan komunikasi dengan individu ata kelompok.

Oleh kerana perkataan komunikasi lebih merujuk kepada bahasa Inggeris, kita perlu melihat kepada beberapa kaitan yang behubung dengan komunikasi. Dalam perkara ini dapat dilihat pada perkataa "Wasola" dalam bahasa arab yang terakam dalam a-Quran. Perkataan tersebut dari segi bahasanya membawa maksud 'sampaikan'. Dalam al-Quran pada dasarnya menyentuh hal ini yang menyatakan " Demi sesungguhnya kami telah sampaikan firman-firman (al-Quran) kepada mereka supaya mereka beroleh peringatan". Dalam pada itu terdapat beberapa perkataan lain dalam al-Quran yang menggambarkan aktiviti-aktiviti komunikasi.

Antaranya ialah yang membawa erti :
1) 'Bacalah'(al-Alaq),
2)khabarkanlah'(al-Nisa'),
3) 'Katakanlah' (al-Mukmin),
4) 'Berpesan-pesan' ( al-Ars),
5)'Dengarkanlah' (al-Maidah), dan lain-lain lagi.

Dari perspektif agama, Islam dilihat sebagai agama yang bersifat mission yang menggesa penganutnya supaya berterusan menyebarkan mesej sama ada kepada rakan-rakan Muslim ataupun kepada bukan muslim. Setiap individu Muslim dianggap komunikator agama atau da'i (pendakwah) di mana diwajibkan menyampaikan mesej mengikut kadar keupayaan masing-masing. Tanggungjawab ini menjadikan tugas komunikasi adalah suatu tugas yang penting malah diperihatkan oleh Rasulallah s.a.w yang menggesa setiap muslim menyampaikan mesej daripada baginda walaupun hanya "satu ayat" . Simbolik keada satu ayat menunjukkan pentingnya kebenaran ajaran agama disampaikan dengan berkesan berdasarkan prinsip-prinsip komunikasi tertentu yang digariskan ole al-Quran dan al-Sunnah.

Beberapa prinsip komunikasi Islam yang dinyatakan dalal al-Quran antaranya firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Perkataan yang baik dan pemberian maaf adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima)..." dan ayat lain menyebut "Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu: Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar)...".
Sebagai sumber tetinggi kepada umat Islam, al-Quran dan al-Sunnah dianggap memebekalkan prinsip dan kaedah komunikasi secara menegak atau vertikal iaitu dengan Allah, dan berkomunikasi secara horizontal iaitu sesama manusia. Jelasnya terdapat dua bentuk hubungan komunikasi dalam ajaran Islam iaitu Hablu min Allah ( hubungan denga Allah) dan hablu min An-nas (hubungan sesama manusia). Penegasan kepada pentingnya mewujudkan komunikasi dengan Allah dibentuk melalui ibadah-ibadah fardhu seperti menunaikan sembahyang, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Tujuan utama membentuk komunikasi dengan Allah adalah untuk membentuk taqwa iaitu sifat yang sentiasa menguasai perilaku indvidu agar bersikap seolah sepanjang masa.

Selain menjaga dan mengawasi perilau dengan Allah, Islam menekankan agar hubungan sesama manusia perlu diwujudkan agar membentuk hubungan sosial yang disebut sebagai muamalat. Hubungan sesama manusia berlaku delam pelbagai aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, sosial, seni dan sebgainya. Kedua-dua bentuk hubungan ini perlu ada supaya setiap individu Muslim boleh meneruskan kehidupan dalam keadaan seimbang atau sepadu dari segi jasmani dan rohani.

Matlamat komunikasi

Selanjutnya tujuan dari komunikasi adalah seperti yang dikemukakan oleh Dan B. Curtis dalam buku Komunikasi Bisnis Profesional sebagai berikut :



a). Memberikan informasi, kepada para klien, kolega, bawahan dan penyelia (supervisor) Diberi informasi, kereana perilaku diberi informasi merupakan bentuk interaksi komunikasi. Orang atau masyarakat cenderung merasa lebih baik diberi informasi yang diperlukannya atau yang akan diberi jalan masuk menuju informasi tersebut yang merupakan bahagian dari keadaan percaya dan rasa aman.

b). Menolong orang lain, memberikan nasihat kepada orang lain, ataupun berusaha memotivasi orang lain dalam mencapai tujuan.

c). Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, kerana semakin tinggi kedudukan/status seseorang maka semakin penting meminta orang lain untuk keahlian teknik sehingga dalam menyelesaikan masalah/membuat keputusan tersebut harus ada komunikasi untuk meminta data sebagai bahan pertimbangan.

d). Mengeluasi perilaku secara efektif, iaitu suatu penilaian untuk mengetahui hal-hal yang akan mereka lakukan setelah menerima massege. (1992 : 9)

Sementara itu menurut Onong Uchjana Effendi dalam buku Dimensi – dimensi Komunikasi tujuan komunikasi adalah sebagai berikut :

1). Perubahan sosial. ( Social Change / Social Participation)
2). Perubahan sikap. (Attitude Change)
3). Perubahan pendapat. (Opinion Change)
4). Perubahan perilaku. (Behaviour Change)

1. Perubahan Sosial dan penyertaan sosial. Memberikan berbagai informasi pada masyarakat tujuan akhirnya supaya masyarakat mau mendukung dan ikut serta terhadap tujuan informasi itu disampaikan. Misalnya supaya masyarakat ikut serta dalam pilihan suara pada pemilu atau ikut serta dalam berperilaku sehat, dan sebagainya.

2. Perubahan Sikap. Kegiatan memberikan berbagai informasi pada masyarakat dengan tujuan supaya masyarakat akan berubah sikapnya. Misalnya kegiatan memberikan informasi mengenai hidup sehat tujuannya adalah supaya masyarakat mengikuti pola hidup sehat dan sikap masyarakat akan positif terhadap pola hidup sehat.

3. Perubahan pendapat. Memberikan berbagai informasi pada masyarakat tujuan akhirnya supaya masyarakat mau berubah pendapat dan persepsinya terhadap tujuan informasi itu disampaikan, misalnya dalam informasi mengenai pemilu. Terutama informasi mengenai kebijakan pemerinatah yang biasanya selalu mendapat tantangan dari masyarakat maka harus disertai penyampaian informasi yang lengkap supaya pendapat masyarakat dapat terbentuk untuk mendukung kebijakan tersebut.

4. Perubahan perilaku. Kegiatan memberikan berbagai informasi pada masyarakat dengan tujuan supaya masyarakat akan berubah perilakunya. Misalnya kegiatan memberikan informasi mengenai hidup sehat tujuannya adalah supaya masyarakat mengikuti pola hidup sehat dan perilaku masyarakat akan positif terhadap pola hidup sehat atau mengikuti perilaku hidup sehat.

Sumber rujukan komunikasi islam.

Komunikasi yang melibatkan hubungan antara manusia dengan manusia telah lama wujud sejak zaman Nabi Adam AS. 

Penyebaran agama Islam melalui dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dilakukan melalui komunikasi antara manusia dengan manusia. 


Komunikasi Islam yang disampaikan adalah berteraskan Al-Quran sebagai sumber rujukan tertinggi dan As-Sunnah sebagai Amali atau praktikal atau model operasi, di samping ijmak (pakatan ulama) dan qiyas (perbandingan) yang berlandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Proses komunikasi Islam meliputi seluruh aspek kehidupan sepanjang hayat umat Islam kerana proses tersebut melibatkan:

  • Hablul minal Allah.
  • Hablul minal Nas.
  • Al-Muhasabah atau berhubung dengan diri sendiri.
  • Komunikasi debgan alam.
Aktiviti komunikasi tersebut dituntut oleh agama kepada seluruh umat Islam secara fardh Ain dan secara fardh Kifayah. Fardu Ain ditakrifkan sebagai perbuatan yang wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang mukallaf. Definisi ini memberi erti bahawa fardu Ain adalah pekerjaan yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam dalam keadaan individu Muslim itu cukup syarat-syaratnya seperti berakal, baligh dan sebagainya.

Bentuk-bentuk dan komunikasi Islam.

Bentuk-betuk Komunikasi

Dalam ilmu, komunikasi pada umumnya dibahagikan kepada 2 jenis iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan.

Komunikasi Lisan
Komunikasi lisan satu proses komunikasi yang melibatkan suara. Berkomunikasi secara lisan lebih menitik beratkan kepada nada suara, bahasa yang digunakan, kefasihan sebutan dan kelancaran perkataan yang digunakan. Apabila berkomunikasi secara lisan, bagaimana sesuatu itu disampaikan atau diucapkan sama pentingnya dengan apa yang diucapkan. Maksudnya setiap perkataan yang diucapkan hendaklah sejajar dengan pergerakan anggota badan, memek muka dan gerak mata. Contoh komunikasi lisan yang sering dilakukan oleh pegawai-pegawai awam ialah layanan urusan melalui telefon, perkhidmatan kaunter, berceramah, taklimat hadiri mesyuarat, bengkel dan persidangan.

Komunikasi Bukan Lisan
Komunikasi jenis ini tidak melibatkan suara. Prosesnya adalah secara bertulis, bercetak ataupun melalui penggunaan isyarat, simbol dan pergerakan lain-lain anggota badan. Banyak penulis berpendapat bahawa komunikasi bukan lisan terutamanya yang menggunakan gerakan anggota badan (tangan, badan, kotak mata, dan memek atau air muka) lebih memberi mesej yang bermakna dari perkataan-perkataan yang diucapkan. Sehubungan dengan ini komunikasi jarak, komunikasi melalui pakaian, melalui bau dan lain-lain lagi juga memberi kesan di dalam perhubungan harian indvidu dengan masyarakat sekeliling terutamnya di dalam organisasi.

Komunikasi Media
Apabila seseorang menyatakan tentang komunkasi, tentu ada yang teringatkan radio, television, akhbar, buku, foto, dan lain-lain lagi yang dikenali sebagai media atau saluran komunikasi. kehadiran media dalam proses komunikasi sangat penting. Secara amnya media dan saluran adalah benda yang sama kerana dkedua-duanya membawa atau mengandungi mesej untuk disampaikan daripada pihak sumber atau pengeluar kepada pihak penerima. Dalam konteks penulisan media ditakrifkan sebagai alat atau bahan yang mempunyai mesej, maklumat atau pengetahuan yang terbit atau dikeluarkan oleh pihak tertentu bagi tujuan berkomunikasi. Komunikasi bolehlah dikatakan sebagai satu proses perkongsian dan pertukaran makna, maklumat atau mesej antara pihak-pihak yang terlibat.

Peranan media islam dalam penyebaran maklumat islam.

lima peranan utama media seperti berikut :


1.      pengawa kepada alam sekeliling (surveillance).
2.    membincangkan dan mencadangkan perubahan-peerubahan yang perlu dilakuklan dalam masyarakat (correlation).
3.     menyampaikan warisan ilmu, norma dan nilai kepada generasi baru ( ethicizing function).
4.     mentafsirkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakt (interpreter).
5.     menjadi watchdog (pengawas atau muhtasab) kepada kerajaan.

perubahan yang berlaku dalam masyarakat juga menambah beberapa peranan baru bagi media seperti membentuk pendapat umum terutama ketika pillihan raya dijalankan, menjual barangan atau perkhidmatan melalui pengiklanan, membentuk keharmonian dan perpaduan kaum, serta menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.

Peranan Media dalam dakwah.

Sejarah penggunaan media dalam masyarakat islam boleh dijadikan pengajaran. Misalnya dalam kajian yang dilakukan oleh Douglas Boyd di 18 buah Negara di Timur Tengah. Beliau mendapati kesemua pemimpin di negara tersebut berhujah bahawa mereka memilih memperkenalkan media radio dan televisyen untuk membangunkan masyarakat. Media tersebut dianggap sebagai perantara yang akan menyebarkan maklumat kepada penduduk dam mendidik mereka tentang kehidupan secara moden.

Metode yang disarankan Rasulullah s.a.w dalam mencegah kemungkaran dan cabaran yang dihadapi komunikator Islam.

Metode yang disarankan Rasulullah s.a.w.

Lidah sebagai salah satu deria penyampai mesej turut dituntut oleh Islam agar bertutur dengan kata-kata yang baik sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam” (al-Bukhari, Sahihal-Bukhari, kitab al-Adab, bab 31: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya). Islam meletakkan kedudukan mesej yang baik itu sebagai satu sedekah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:  “Perkataan yang baik itu adalah sedekah” (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, kitab al-Adab, bab 34: Perkataan yang baik). Sebaliknya mesej yang buruk serta tidak berfaedah mempunyai nilai dosa yang besar di sisi Allah s.w.t. Lantaran itulah maka Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:  “Memaki seorang Muslim itu adalah fasiq” (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari,  kitab al-Adab, bab. 44: Tegahan dari mencela dan melaknat). Baginda juga bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang sentiasa menjaja kata-kata yang keji” (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari,  kitab al-Adab, bab 49: Mengumpat adalah dari dosa besar). Berhubung dengan kesan sesuatu mesej itu pula, Islam mengatur sistem akhlak yang mampu mencetuskan dan menyemarakkan keharmonian dan ketenangan dalam kehidupan manusia. Lantaran itulah, maka penyampaian mesej yang baik serta mempunyai kepentingan atau maslahah amat dituntut.

Sebaliknya segala mesej yang negatif dan boleh mengundang keburukan dan kemudaratan adalah dilarang sama sekali. Dalam konteks  ini, setiap kebaikan yang dianjurkan oleh Islam itu mengandungi maslahah serta membuahkan hasil yang baik, manakala setiap perkara yang dilarang pula mengandungi kemudaratan dan akan membuahkan hasil yang buruk dalam kehidupan. Kesan daripada mesej yang positif akan mampu membina masyarakat sejahtera. Manakala kesan dari mesej yang negatif akan menimbulkan pelbagai keburukan dan kejahatan. Ini kerana setiap mesej yang disampaikan itu mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pembentukan sikap dan pemikiran seseorang. Dalam hal ini, al-Qur’an dan al-Sunnah yang merupakan sumber bagi ajaran Islam berperanan menyampaikan mesej-mesej yang jelas mempunyai kesan tertentu dalam kehidupan yang boleh dilihat. Sebagai contoh, mesej larangan minum arak, berjudi, berzina dan sebagainya, semua perkara tersebut mengundang pelbagai keburukan dan kemudaratan dalam kehidupan manusia. Begitu juga dengan mesej yang menganjurkan supaya beriman kepada Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat dan lain-lain, amalan-amalan tersebut akan mendatangkan kebaikan dan maslahah kepada manusia.

Cara komunikator islam yang dapat mendekati golongan remaja.

Program keagamaan di TV harus disesuaikan dengan cita rasa generasi muda.

MENYEMARAKKAN institusi keagamaan terutama dikalangan remaja harus melalui jalan yang betul. Bukan mudah untuk membawa golongan muda melihat institusi keagamaan itu bukan saja tempat bersembahyang semata malah pelbagai aktiviti rohani mampu dijalankan di situ. Persoalannya, adakah kita mampu mengubah persepsi remaja kita hari ini agar menjadikan institusi keagamaan pusat remaja berkumpul. Program Imam Muda bukan saja mendapat perhatian daripada media dan masyarakat tempatan tetapi juga turut menarik minat antarabangsa untuk mengikutinya.

Program yang diperkenalkan bertujuan menarik minat golongan remaja menyemarakkan aktiviti masjid menjadi satu tarikan media antarabangsa untuk mengetahui rahsianya. Seperti agama utama dunia iaitu Kristian, Hindu dan Buddha, golongan remaja adalah antara paling sukar untuk mendekati institusi keagamaan.

etika komunikasi islam dan kewartawanan dalam islam.

Pada 20 Mei 1989, A. Samad Ismail telah mengisytiharkan Kod Etika Wartawan Malaysia yang telah digubal oleh Jawatankuasa Penggubal Tatasusila yang diketuai oleh Pengerusi Institut Akhbar Malaysia, Mazlan Nordin (H.M Tuah Iskandar 1990) :

1.     Tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar.
2.     Dalam melaksanakan tugas ini dia menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritikan yang saksama.
3.     Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk  mendapatkan berita, gambar, filem dan dokumen.
4.     Sebarang maklumat yang tersiar yang didapati tidak benar hendaklah diperbetulkan.
5.     Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita.
6.     Wartawan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan  menggelakkan diri daripada plagiarisme, fitnah dan hasutan tuduhantidak berasas serta rasuah dalam apa jua bentuk sekalipun.
7.     Wartawan hendaklah menghindarkan siaran berita atau rencana yang bersifat perkauman dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia.
8.     Wartawan hendaklah memahami undang-undang dan peraturan negara yang berkaitan secara langsung dengan profesion mereka.
Apa yang menjadi masalah dalam hal ini adalah penghayatan dan amalan etika dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai wartawan. Sebagai contoh, pada 5 Januari 2006, media komunikasi menyiarkan berita berhubung kes kononnya seorang wanita warga China di arah melakukan ketok ketampi dalam keadaan berbogel di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 23 November 2005. Kemudian ia ditayangkan pula di Parlimen selama 30 saat oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim. Persoalannya adakah wajar berita sebegini dipaparkan di khalayak umum di Parlimen? Di mana letaknya penghayatan terhadap etika media komunikasi? Apakah sumbangan dan nilai berita yang sebegini rupa? Apakah pandangan negara luar terhadap kewibawaan negara ini? Akhirnya media komunikasi menjelaskan bahawa wanita berkenaan adalah seorang wanita Melayu dan bukannya warga China seperti yang disiarkan pada awalnya.

kesan penyalahgunaan media terhadap masyarakat.

Antara bentuk mesej yang dilarang dari diketengahkan kerana memberikan kesan yang buruk termasuklah:
  • Mendedahkan keburukan serta keaiban seseorang tanpa sesuatu  maslahah atau kepentingan  yang jelas. 
Dalam hubungan ini Rasulullah s.a.w bersabda: Bermaksud: “Tahukah kamu apa itu ghibah (mengumpat)? Para sahabat menjawab:” Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. Sabda Rasulullah s.a.w:” engkau menyebut sesuatu tentang saudaramu yang dibencinya. Dikatakan: Apa pandanganmu jika apa yang aku sebut itu memang ada  pada saudaraku? Sabda Rasulullah s.a.w: Jika apa yang engkau sebut  itu ada pada saudaramu maka engkau telah mengumpatnya dan jika perkara itu tidak ada pada saudaramu maka engkau telah mendustainya (Muslim, Sahih Muslim, kitab al-Bir wa al-Sillah, bab: Pengharaman mengumpat). 

  • Menyiarkan berita fitnah dalam berbagai-bagai bentuk :

 Firman Allah dalam surah al-Nur, ayat 19: Bermaksud: “sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar dikalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.” Larangan berhubung dengan berita yang berunsurkan fitnah ini dapat jugadilihat dalam Ordinan Fitnah 1957, undang-undang ini melarang warganegara memfitnah satu sama lain. Fitnah atau defamation ditakrifkan sebagai satu pengucapan ataupun penerbitan yang menyebabkan seseorang itu dibenci, dikeji atau dihina atau yang boleh menyebabkan seseorang dipulaukan ataupun  menjatuhkan maruahnya dikalangan ahli masyarakat yang berfikiran waras danyang membawa ataupun memungkinkan kesan buruk ke atas pekerjaan atau perniagaannya (Mansor Ahmad Saman 1983).


  • Menyebarkan perkara-perkara yang lucah atau berunsur lucah.

Matlamat serta prinsip yang dikemukakan oleh Islam dalam apa jua bidang amat berbeza dengan sistem kapitalis yang hanya melihat laba dan keuntungan sebagai suatu keutamaan yang perlu difikirkan. Untuk mencapai keuntungantersebut maka falsafah ‘matlamat menghalalkan cara’ diaplikasikan walau dalam keadaan mana sekalipun. Situasi yang sedemikian tentunya berbeza dengan Islam yang meletakkan matlamat asasnya adalah keredaan Allah s.w.t.Sehubungan itu, Islam mempunyai mesej yang jelas berkaitan dengan apa jua perkara-perkara yang lucah atau berunsur lucah. Sehubungan dengan ini Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Isra’ ayat 32:Bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”