Komunikasi yang melibatkan hubungan antara manusia dengan manusia telah lama wujud sejak zaman Nabi Adam AS.
Penyebaran agama Islam melalui dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dilakukan melalui komunikasi antara manusia dengan manusia.
Komunikasi Islam yang disampaikan adalah berteraskan Al-Quran sebagai sumber rujukan tertinggi dan As-Sunnah sebagai Amali atau praktikal atau model operasi, di samping ijmak (pakatan ulama) dan qiyas (perbandingan) yang berlandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Proses komunikasi Islam meliputi seluruh aspek kehidupan sepanjang hayat umat Islam kerana proses tersebut melibatkan:
- Hablul minal Allah.
- Hablul minal Nas.
- Al-Muhasabah atau berhubung dengan diri sendiri.
- Komunikasi debgan alam.
Aktiviti komunikasi tersebut dituntut oleh agama kepada seluruh umat Islam secara fardh Ain dan secara fardh Kifayah. Fardu Ain ditakrifkan sebagai perbuatan yang wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang mukallaf. Definisi ini memberi erti bahawa fardu Ain adalah pekerjaan yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam dalam keadaan individu Muslim itu cukup syarat-syaratnya seperti berakal, baligh dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment