Antara bentuk mesej yang dilarang dari diketengahkan kerana memberikan kesan yang buruk termasuklah:
- Mendedahkan keburukan serta keaiban seseorang tanpa sesuatu maslahah atau kepentingan yang jelas.
Dalam hubungan ini Rasulullah s.a.w bersabda: Bermaksud: “Tahukah kamu apa itu ghibah (mengumpat)? Para sahabat menjawab:” Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. Sabda Rasulullah s.a.w:” engkau menyebut sesuatu tentang saudaramu yang dibencinya. Dikatakan: Apa pandanganmu jika apa yang aku sebut itu memang ada pada saudaraku? Sabda Rasulullah s.a.w: Jika apa yang engkau sebut itu ada pada saudaramu maka engkau telah mengumpatnya dan jika perkara itu tidak ada pada saudaramu maka engkau telah mendustainya (Muslim, Sahih Muslim, kitab al-Bir wa al-Sillah, bab: Pengharaman mengumpat).
- Menyiarkan berita fitnah dalam berbagai-bagai bentuk :
Firman Allah dalam surah al-Nur, ayat 19: Bermaksud: “sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar dikalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.” Larangan berhubung dengan berita yang berunsurkan fitnah ini dapat jugadilihat dalam Ordinan Fitnah 1957, undang-undang ini melarang warganegara memfitnah satu sama lain. Fitnah atau defamation ditakrifkan sebagai satu pengucapan ataupun penerbitan yang menyebabkan seseorang itu dibenci, dikeji atau dihina atau yang boleh menyebabkan seseorang dipulaukan ataupun menjatuhkan maruahnya dikalangan ahli masyarakat yang berfikiran waras danyang membawa ataupun memungkinkan kesan buruk ke atas pekerjaan atau perniagaannya (Mansor Ahmad Saman 1983).
- Menyebarkan perkara-perkara yang lucah atau berunsur lucah.
Matlamat serta prinsip yang dikemukakan oleh Islam dalam apa jua bidang amat berbeza dengan sistem kapitalis yang hanya melihat laba dan keuntungan sebagai suatu keutamaan yang perlu difikirkan. Untuk mencapai keuntungantersebut maka falsafah ‘matlamat menghalalkan cara’ diaplikasikan walau dalam keadaan mana sekalipun. Situasi yang sedemikian tentunya berbeza dengan Islam yang meletakkan matlamat asasnya adalah keredaan Allah s.w.t.Sehubungan itu, Islam mempunyai mesej yang jelas berkaitan dengan apa jua perkara-perkara yang lucah atau berunsur lucah. Sehubungan dengan ini Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Isra’ ayat 32:Bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
No comments:
Post a Comment