Saturday, January 22, 2011

Bentuk-bentuk dan komunikasi Islam.

Bentuk-betuk Komunikasi

Dalam ilmu, komunikasi pada umumnya dibahagikan kepada 2 jenis iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan.

Komunikasi Lisan
Komunikasi lisan satu proses komunikasi yang melibatkan suara. Berkomunikasi secara lisan lebih menitik beratkan kepada nada suara, bahasa yang digunakan, kefasihan sebutan dan kelancaran perkataan yang digunakan. Apabila berkomunikasi secara lisan, bagaimana sesuatu itu disampaikan atau diucapkan sama pentingnya dengan apa yang diucapkan. Maksudnya setiap perkataan yang diucapkan hendaklah sejajar dengan pergerakan anggota badan, memek muka dan gerak mata. Contoh komunikasi lisan yang sering dilakukan oleh pegawai-pegawai awam ialah layanan urusan melalui telefon, perkhidmatan kaunter, berceramah, taklimat hadiri mesyuarat, bengkel dan persidangan.

Komunikasi Bukan Lisan
Komunikasi jenis ini tidak melibatkan suara. Prosesnya adalah secara bertulis, bercetak ataupun melalui penggunaan isyarat, simbol dan pergerakan lain-lain anggota badan. Banyak penulis berpendapat bahawa komunikasi bukan lisan terutamanya yang menggunakan gerakan anggota badan (tangan, badan, kotak mata, dan memek atau air muka) lebih memberi mesej yang bermakna dari perkataan-perkataan yang diucapkan. Sehubungan dengan ini komunikasi jarak, komunikasi melalui pakaian, melalui bau dan lain-lain lagi juga memberi kesan di dalam perhubungan harian indvidu dengan masyarakat sekeliling terutamnya di dalam organisasi.

Komunikasi Media
Apabila seseorang menyatakan tentang komunkasi, tentu ada yang teringatkan radio, television, akhbar, buku, foto, dan lain-lain lagi yang dikenali sebagai media atau saluran komunikasi. kehadiran media dalam proses komunikasi sangat penting. Secara amnya media dan saluran adalah benda yang sama kerana dkedua-duanya membawa atau mengandungi mesej untuk disampaikan daripada pihak sumber atau pengeluar kepada pihak penerima. Dalam konteks penulisan media ditakrifkan sebagai alat atau bahan yang mempunyai mesej, maklumat atau pengetahuan yang terbit atau dikeluarkan oleh pihak tertentu bagi tujuan berkomunikasi. Komunikasi bolehlah dikatakan sebagai satu proses perkongsian dan pertukaran makna, maklumat atau mesej antara pihak-pihak yang terlibat.

1 comment:

  1. Emperor Casino | 100% up to €150 + 150 FS Bonus
    You can also try Emperor Casino 1xbet for free from the top online casinos like PlayOJO 제왕카지노 and Microgaming. Try Emperor worrione casino game for real money!

    ReplyDelete